suria

Dua lelaki mengaku lakukan pembunuhan selepas polis beritahu jenayah dirakam kamera satelit Nasa

Dua suspek akhirnya mengaku membunuh mangsa selepas diberitahu jenayah mereka dirakam kamera satelit Nasa. Gambar hiasan

DUA lelaki akhirnya mengaku melakukan pembunuhan terhadap seorang individu selepas pihak polis menggunakan taktik tersendiri ketika menjalankan sesi soal siasat.

Terdahulu, mayat mangsa yang merupakan seorang lelaki dikenali sebagai Chandrabhan ditemui di sebuah taman di daerah Mangolpuri, India, dalam keadaan berlumuran darah.

Hasil siasatan, polis mendapati mangsa kali terakhir dilihat bersama suspek yang dikenali sebagai Raju dan Pradeep.

Bagaimanapun suspek enggan mengaku lalu pihak polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman, kelihatan dua lelaki, disyaki sebagai dua suspek berkenaan, dilihat bersama mangsa.

Susulan itu, polis memanggil kedua-dua suspek untuk sesi soal siasat sekali lagi.

Ketika itu, polis memberitahu suspek bahawa perbuatan jenayah mereka terakam di dalam kamera satelit Nasa.

Tanpa disangka, taktik tersebut 'menjadi' di mana kedua-dua suspek mengaku melakukan pembunuhan.

Menurut suspek, mangsa telah menghina mereka malah memaksa mengambil minuman keras, selain turut melakukan provokasi. - India.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain