suria

Lelaki nyaris terkena serangan jantung, terkejut nampak muka dalam mesin basuh

bantal mesin basuh

SEORANG bapa memberitahu bahawa dia nyaris terkena serangan jantung selepas mendapati terdapat muka yang memandangnya dari mesin basuh.

Dia kemudian menyedari bahawa wajah tersebut datang daripada kusyen kesukaan anjingnya.

Lelaki berkenaan, Alex Boardman berkata, dia memberikan hidangan ayam kepada anjing peliharaannya, Boo, sebelum ia muntah sehingga mengotori kusyen tersebut.

Bapa berusia 47 tahun itu kemudian terlupa dia telah meletakkan kusyen berkenaan ke dalam mesin basuh untuk dicuci.

Menerusi satu perkongsian, lelaki tersebut menunjukkan wajah bintang David Bowie terpampang pada pintu mesin basuh, bersama tuala-tuala milik anjing itu.

"Saya terlupa cuci selimut anjing dan kusyen David Bowie. Nyaris terkena serangan jantung.

"Ia benar-benar menakutkan kerana saya terlupa memasukkannya ke dalamnya (mesin basuh)," kata Alex di laman Twitter. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain