suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki heret anjing ‘tergantung’ diburu

Seorang lelaki dikesan 'mengheret' seekor anjing di sebuah taman.

SEORANG lelaki diburu selepas didapati mengheret seekor anjing di bahagian kolar di leher haiwan itu ketika berjalan di sebuah taman di Daghenham di London, United Kingdom.

Inspektor Chris McGreal meminta saksi kejadian tampil memberikan maklumat mengenai seorang lelaki berpakaian jaket hitam dan topi hitam, yang membawa seekor anjing.

Anjing tersebut, merupakan baka Spitz dilihat 'tergantung' apabila diheret secara menegak ketika melalui Taman Parsloes, pada 29 Mac.

McGreal berkata, dia mahu berjumpa dengan lelaki yang dirakamkan di dalam gambar, atau sesiapa yang mengenali individu atau anjing tersebut.

Menurut laporan EssexLive, badan kebajikan haiwan, RSPCA turut dimaklumkan berhubung kejadian selepas orang awam merakamkan gambar anjing itu.

McGreal berkata, lelaki berkenaan dipercayai memandu sebuah kereta hitam BMW sebelum beredar bersama haiwan tersebut.

RSPCA, berperanan menyiasat kekejaman haiwan termasuk menyelamat, memulihkan dan menempatkan semula haiwan yang memerlukan penjagaan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kejam, heret anjing, RSPCA, lelaki diburu,

Artikel Lain