suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wang RM4.9 juta tersilap dimasukkan dalam akaun bank, wanita siap joli sakan beli rumah dan kereta

Spadoni ditangkap kerana enggan mengembalikan wang berjumlah RM4.9 juta yang tersilap dimasukkan ke dalam akaun banknya. Foto: Jefferson Parish Sheriff's Office

SEORANG wanita didakwa atas tuduhan melakukan pencurian ekoran enggan mengembalikan wang berjumlah £870,000 (RM4.9 juta) yang tersilap dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Kelyn Spadoni, 33, ditangkap di New Orleans, Louisiana pada Rabu atas tuduhan kecurian bernilai lebih dari $25,000 (RM103,300), penipuan bank dan pemindahan wang secara haram.

Wanita itu sebaliknya membelanjakan wang tersebut untuk membeli rumah dan kereta baru berbanding memulangkannya.

Selepas ditangkap, Spadoni turut dipecat daripada pekerjaannya.

Polis berkata kesilapan di bahagian kerani menyebabkan syarikat perkhidmatan kewangan Charles Schwab memasukkan £870,000 ke dalam akaun Spadoni pada Februari.

Nilai sebenar wang yang sepatutnya dipindahkan ke dalam akaun Spadoni hanya £60 (RM341). - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain