suria

Pelanggan bertuah! Pesan buah epal, dapat sekali iPhone

Nick menerima sebuah iPhone SE selepas memesan satu beg epal dari pasar raya Tesco. Foto: Twitter

SEORANG lelaki di United Kingdom (UK) terkejut apabila menerima sebuah telefon pintar keluaran syarikat Apple Inc. selepas membuat pesanan satu beg buah epal dari pasar raya.

Nick James telah memesan satu beg buah epal dari pasar raya Tesco, namun ketika mengambil pesanan tersebut, dia mendapati bahawa ia tidak hanya berisi buah berkenaan tetapi juga sebuah telefon pintar iPhone SE yang baru.

Pada mulanya dia menyangka perkara tersebut hanyalah gurauan (prank), tetapi kemudiannya mendapat tahu bahawa telefon pintar itu adalah sebahagian daripada kempen promosi yang dijalankan oleh Tesco.

Syarikat peruncitan multinasional tersebut memberikan barang elektronik percuma seperti iPhone, AirPods keluaran Apple Inc dan peranti Samsung sebagai sebahagian daripada promosi.

Para pemenang pula akan dipilih secara rawak dan ternyata Nick merupakan salah seorang pelanggan yang bertuah. - India.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain