suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cendawan elektrik nyala dalam gelap, penduduk tempatan guna sebagai lampu suluh

Difahamkan, cendawan itu hanya tumbuh di atas buluh yang sudah mati.

BUMI kita sememangnya kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Di Assam, India, para saintis menemui cendawan elektrik yang digunakan oleh orang tempatan sebagai lampu suluh untuk masuk ke hutan pada waktu malam.

Dalam 120,000 spesis tumbuhan itu, hanya 100 daripadanya mempunyai fungsi bioluminescent yang boleh menghasilkan cahaya.

Penemuan itu dibuat oleh kumpulan saintis dari Cina dan India.

Kumpulan itu ternyata terkejut melihat spesis eksotik itu yang mengeluarkan cahaya kehijauan ketika berada dalam gelap.

Selain kumpulan saintis berkenaan, misi itu turut disertai jurufoto, Steve Axford.

Difahamkan, spesis cendawan itu hanya tumbuh di atas buluh yang sudah mati. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain