suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua sahabat temui serpihan bangkai pesawat terhempas lebih 70 tahun lalu

Pamela dan Kathryn bergambar dekat serpihan pesawat dipercayai British European Airways S200P yang terhempas pada 21 April 1948.

DUA wanita tidak menyangka menemui serpihan pesawat ketika sedang bersiar-siar di sebuah kawasan pergunungan.

Pamela Aitken dan rakannya, Kathryn Gaffney sedang berjalan berhampiran Largs, Ayrshire, Scotland, ketika mereka terlihat serpihan daripada bangkai sebuah pesawat pada Ahad lalu.

Mereka pada awalnya menyangka ia adalah permukaan tanah Gunung Irish Law dan mula mengambil gambar, sebelum mengetahui objek sebenar apabila menghampirinya.

Ia dipercayai bangkai pesawat British European Airways S200P yang terhempas pada 21 April 1948, lapor DailyRecord.

Penerbangan jarak pendek dari Lapangan Terbang London-Northolt Airport ke Lapangan Terbang Glasgow-Renfrew itu membawa 20 penumpang sebelum terhempas di Gunung Irish Law.

Dilaporkan tiada yang terbunuh dalam insiden itu namun 13 daripada penumpangnya cedera. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain