suria

Pelanggan hampir ‘tercekik’ selepas melihat ayam goreng dibelinya menyerupai alat sulit lelaki

Rich berkongsi gambar ayam goreng berbentuk aneh itu bersama raka-rakannya. Foto: SWNS

SIAPA sahaja yang tidak menggemari ayam goreng?

Dengan ketulan daging ayam yang disaluti tepung dan digoreng rangup, ia bisa membuatkan sesiapa yang melihatnya terus terliur.

Bagaimanapun, lain pula halnya yang terjadi kepada seorang lelaki ini.

Rich Greene, 47, yang mengunjungi sebuah restoran makanan segera popular untuk membeli ayam goreng kegemarannya baru-baru ini, tidak menyangka berdepan dengan insiden 'aneh'.

Selepas membeli ayam goreng di kaunter pandu lalu, lelaki tersebut kemudiannya terkejut apabila membuka kotak makanan tersebut bersama anak perempuannya setibanya di rumah.

Ini kerana salah satu ketulan daging ayam berkenaan seolah-olah menyerupai alat sulit lelaki.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kerana bentuknya kelihatan seperti objek tertentu.

"Saya mengupas tepung yang menyalutinya terlebih dahulu untuk memastikan di dalamnya adalah daging ayam," ujarnya.

Rich turut mengambil gambal ketulan 'aneh' itu dan berkongsi bersama rakan-rakannya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain