suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasang alat penjejak pada kereta, wanita ketakutan diganggu bekas teman lelaki tak boleh ‘move on’

Alat penjejak yang dipasang pada kereta wanita itu.

GARA-gara tidak dapat melupakan cinta hati, seorang lelaki tergamak memasang alat penjejak pada kereta bekas teman wanitanya.

Perbuatan itu berjaya dibongkar oleh seorang mekanik kereta, baru-baru ini.

Malah, mekanik itu turut berkongsi video mengenai kisah itu menerusi TikTok.

"Seorang pelanggan ketakutan kerana bekas teman lelaki pasang alat penjejak pada keretanya," ujar mekanik itu.

Malah, dia turut menunjukkan kedudukan alat penjejak itu yang dipasang di bahagian bawah kereta pelanggannya.

Video itu sehingga kini menerima lebih sejuta tontonan.

Malah, ramai netizen meluahkan rasa marah atss perbuatan bekas teman lelaki wanita itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain