suria

Gadis ada ‘25 personaliti’ sukar cari kerja, setiap identiti boleh muncul bila-bila masa

Bo Hooper dikatakan mempunyai kecelaruan personaliti. foto Mercury Press and Media

SEORANG gadis yang mengalami kecelaruan personaliti atau dikenali sebagai Dissociative Identity Disorder berkata, dia tidak dapat bekerja kerana harus 'berkongsi' badannya dengan 25 personaliti yang berbeza.

Bo Hooper, 23, memberitahu kehidupannya bersama 25 personaliti, termasuk 'seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang lantang Toast; seorang wanita berusia 50an yang panas baran, Texas; dan seorang remaja yang suka berfoya-foya, Tracey'.

Keadaannya sebelum itu dikenali sebagai Multiple Personality Disorder, iaitu seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya dua personaliti yang berbeza dan mengalami gejala disosiatif lain, seperti 'zoning out', seperti yang disebut Bo.

Mana-mana personalitinya boleh muncul pada bila-bila masa, menyebabkan Bo mengambil masa untuk kembali menjadi dirinya yang sebenar.

Setiap personaliti mempunyai citarasa yang berbeza dalam makanan, pakaian dan juga pasangan masing-masing.

Bo yang berasal dari Plymouth, Devon di United Kingdom, mula menyedari kecelaruan itu pada usia 14 tahun, apabila 'Texas' membenci rakan-rakannya, dan lantang menyuarakan kebencian itu.

Kecelaruan disosiatif sering disebabkan oleh peristiwa trauma yang boleh mengakibatkan seseorang 'beralih dari realiti' untuk menghadapinya. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain