suria

Kartun The Simpsons ramal Kamala Harris jadi Timbalan Presiden AS sejak 21 tahun lalu?

Kartun The Simpsons sering dikaitkan dengan pelbagai ramalan masa depan.

APABILA bercerita mengenai siri kartun The Simpsons, ia sering dikaitkan dengan ramalan-ramalan masa depan.

Terbaharu, peminat mendakwa siri berkenaan sudah memberi bayangan bahawa Kamala Harris akan menjadi Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS) sejak 21 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Biden angkat sumpah Presiden AS ke-46... foto ketika muda jadi perhatian, dilabel ‘hot’, kacak!

Dalam majlis baru-baru ini, pakaian serta barang kemas yang dipakai Kamala turut menjadi perbualan ramai.

Ia didakwa sama dengan apa yang dipakai oleh Lisa Simpsons dalam salah satu episod siri itu yang memaparkan Lisa menjadi Presiden AS.

"The Simpsons sekali lagi membuat ramalan. Saya rasa tak salah untuk kata bahawa Lisa Simpsons sudah meramalkan pakaian Kamala sewaktu majlis angkat sumpah," tulis peminat.

Sebelum ini, kartun itu turut meramalkan bahawa Donald Trump akan menjadi Presiden AS. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain