suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah buat rawatan kecantikan, bibir ibu 2 anak membengkak 3 kali ganda

Wajah Louise sebelum (kiri) dan selepas mendapatkan suntikan pada bibirnya. -foto Kennedy News and Media

SEORANG ibu kepada dua anak memberi amaran kepada sesiapa yang berhasrat untuk melakukan rawatan kecantikan pada bibir mereka.

Louise Smith mengingatkan orang ramai supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum mendapatkan suntikan bibir.

Ia berikutan bibirnya menggelembung hingga tiga kali ganda saiznya selepas melakukan rawatan.

Wanita dari Bognor, West Sussex di United Kingdom itu berkongsi gambar bibirnya yang mengerikan, menunjukkan ia membengkak selepas melakukan rawatan, baru-baru ini.

Louise, 25, berkata, dia membuat rawatan itu berikutan bibirnya yang kecil, untuk menambah keyakinan diri.

Dia melakukan rawatan itu pada bulan lalu, yang menelan belanja £80 (RM442.26).

Namun, kegembiraannya tidak bertahan lama apabila bibirnya yang disuntik itu menjadi terlalu besar dan menyakitkan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain