suria

Joe Biden angkat sumpah Presiden AS ke-46... foto ketika muda jadi perhatian, dilabel ‘hot’, kacak!

Gambar Joe Biden terkini (kiri) dan ketika beliau berusia 25 tahun (kanan). foto Twitter

CALON Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis.

Biden mengangkat sumpah jawatan itu selepas menewaskan Donald Trump dalam Pilihan Raya AS 2020.

Bagaimanapun, di media sosial bukan mengenai majlis angkat sumpah atau politik Biden yang menjadi perhatian, sebaliknya beberapa foto pemimpin berusia 78 tahun itu yang terdahulu.

Pengguna laman TikTok dan Twitter menjadi obses dengan gambar-gambar Joseph Robinette Biden Jr semasa muda.

Rata-rata masih tidak mempercayai bagaimana rupanya ketika itu.

Foto Biden yang tular di media sosial itu adalah ketika beliau berusia 25 tahun.

Antara mereka melabelkan beliau sebagai 'hot' dan 'handsome' (kacak), menerusi gambaran bagaimana rupa beliau sewaktu muda.

Foto tersebut ternyata menimbulkan pelbagai reaksi dan mereka memuji ketampanan Biden. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain