suria

Keluarga hilang deria bau kerana Covid-19, remaja selamatkan seluruh penghuni rumah daripada kebakaran selepas terhidu asap

Bianca, satu-satunya anggota keluarga yang tidak dijangkiti Covid-19, mengejutkan seluruh penghuni untuk menyelamatkan diri. - KWTX

SEORANG remaja perempuan menjadi 'wira' selepas berjaya menyelamatkan keluarganya ketika rumah mereka dijilat api pada awal pagi, Jumaat lalu.

Dalam kejadian yang berlaku di Waco, Texas pada kira-kira pukul 2 pagi itu, Bianca Rivera, 17, terhidu bau asap dan dapat meneka sesuatu yang buruk sedang berlaku.

Bianca dapat menghidu bau asap kerana dia merupakan satu-satunya anggota keluarga yang tidak dijangkiti Covid-19, manakala tiga lagi penghuni rumah tersebut disahkan positif virus berkenaan dan kehilangan deria bau.

Sebaik sahaja terbau asap, dia segera mengejutkan tiga ahli keluarganya yang lain untuk segera menyelamatkan diri.

"Saya tidak menganggap diri saya sebagai wira.

"Saya akan melakukan apa sahaja untuk keluarga, dan perkara ini juga pasti dilakukan oleh orang lain untuk keluarga mereka," katanya.

Bukan sekadar menyelamatkan ahli keluarga, malah tindakan pantas Bianca turut menyelamatkan empat ekor anjing peliharaan mereka. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain