suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

7 pesakit Covid-19 maut dalam ICU, menteri nafi hospital habis bekalan oksigen

Menteri Kesihatan Mesir, Hala Zayed menafikan dakwaan berkenaan.

UNIT rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Mesir menyaksikan kematian tujuh pesakit Covid-19 yang mana timbul dakwaan kononnya ia berpunca daripada ketiadaan bekalan oksigen.

Rakaman kejadian di hospital yang terletak di Ash Sharqia itu juga menjadi tular sehingga meraih perhatian ramai.

Dalam video tular itu, kakitangan hospital kelihatan bertungkus-lumus memberikan bantuan pernafasan kepada pesakit.

Laporan menyatakan tujuh pesakit maut dalam insiden itu.

Kecuaian kerajaan dan rasuah menjadi isu yang diperdebatkan, yang mana ia disebut sebagai punca kepada kejadian tersebut.

Namun, Menteri Kesihatan Mesir, Hala Zayed menafikan dakwaan berkenaan.

Ujarnya, kenyataan kononnya pesakit mati akibat kekurangan bekalan oksigen di hospital adalah tidak tepat. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain