suria

Sayu... frontliner ditawar vaksin untuk ayah, seminggu selepas bapanya maut akibat Covid-19

(gambar kiri) Dr Saleyha (kiri) bersama bapanya pada majlis graduasi. (gambar kanan) Dr Saleyha memegang tangan bapanya di Hospital Queen. -foto Ahsan family/ SWNS

SEORANG anak sebak berkongsi kisah menerima panggilan yang menawarkan vaksin Covid-19 untuk bapanya, seminggu selepas bapanya itu meninggal dunia dijangkiti virus itu.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Dr Saleyha Ahsan merupakan salah seorang petugas kesihatan barisan hadapan (frontliner).

Beliau dibesarkan oleh seorang pesara guru matematik, Ahsan-ul-Haq Chaudry, yang dijangkiti Covid-19.

Chaudry meninggal dunia pada usia 81 tahun, tiga hari selepas Hari Krismas.

Bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen di Romford, England, di mana beliau turut bertugas merawat pesakit Covid-19 yang lain.

Ketika itu, Dr Saleyha berada di sisi bapanya yang terlantar di katil, pada 28 Disember.

Berkongsi kesedihan itu di laman Twitter, beliau berkata, bapanya begitu hampir setelah setahun menunggu untuk diberikan vaksin.

"Sungguh menyedihkan. Baru saja terima panggilan telefon daripada pihak hospital yang menawarkan ayah untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

"Ayah meninggal dunia akibat Covid-19 seminggu yang lalu. Terlalu hampir selepas setahun menunggu," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain