suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Pelancong maut gara-gara tergelincir di Victoria Falls, foto terakhirnya sempat dirakam rakan

Roy George Tinashe Dikinyay sedang berjalan bersendirian di tebing air terjun berkenaan sebelum tergelincir dan jatuh daripada ketinggian 350 kaki. Foto: Newsflash

FOTO terakhir seorang pelancong sempat dirakam sebelum dia menemui ajal akibat tergelincir di Victoria Falls, Jumaat lalu.

Roy George Tinashe Dikinyay, 40, yang sebelum itu berjalan bersendirian di tebing air terjun berkenaan, dilaporkan tergelincir dan jatuh daripada ketinggian 350 kaki di hadapan rakan wanitanya.

Menurut media tempatan, Dikinyay ketika itu sedang bergilir-gilir dengan rakannya untuk mengambil gambar berlatar belakangkan air terjun terbesar di dunia itu.

Menurut seorang pelancong lain, dia terdengar jeritan daripada rakan wanita mangsa yang memberitahu lelaki itu tergelincir.

"Disebabkan keadaan kabus, kami tidak dapat mengesan mangsa lalu memaklumkan pegawai taman negara," kata pelancong berkenaan.

Pasukan penyelamat kemudian menjalankan misi pencarian dan menemui mayat Dikinyay 24 jam selepas dia dilaporkan terjatuh. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain