suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk marah, ukiran gergasi berbentuk kemaluan wanita di atas bukit dianggap memalukan

Juliana itu turut digelar bodoh oleh sebilangan pelayar media sosial.

SEBUAH ukiran berbentuk kemaluan wanita dalam saiz gergasi mengundang kemarahan penduduk di sebuah kawasan berbukit di Brazil.

Artis berkenaan, Juliana Notari menghabiskan masa 11 bulan membuat ukiran itu dan ia didedahkan secara rasmi kepada umum pada sambutan Tahun Baharu 2021 menerusi media sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu obses hingga sanggup cacah tatu pada alat kemaluan

Berukuran 33 meter, ukiran yang diberi nama 'Diva' itu bagaimanapun menerima reaksi negatif penduduk sekitar.

Malah, ada yang menganggap karya seni itu sebagai perosak landskap asal kawasan berkenaan.

Ada juga wanita yang meninggalkan komen, mengakui malu dengan ukiran tersebut.

Artis itu turut digelar bodoh oleh sebilangan pelayar media sosial. -Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain