suria

Pelanggan kecewa... tunggu PS5 tapi dapat beras, makanan kucing! Amazon sedang siasat, tak tolak kemungkinan berlaku kecurian

Ramai pelanggan meluahkan rasa kecewa kerana tidak menerima PS5 seperti yang dipesan, sebaliknya menerima barang lain. Foto: Metro.co.uk

PELANGGAN Amazon di United Kingdom (UK) yang ternanti-nanti penghantaran PlayStation 5 (PS5) menerima kejutan apabila mendapati barangan yang sampai bukanlah seperti yang diinginkan.

Kebanyakan pelanggan yang kurang bernasib baik itu meluahkan kekecewaan di Twitter, selepas mendapati konsol PS5 yang ditempah telah 'digantikan' dengan barangan aneh seperti makanan kucing, mesin urutan kaki, pemanggang dan juga beg beras.

Beberapa pelanggan bahkan mendakwa bahawa mereka menerima notifikasi yang menyatakan barang sudah diterima, sedangkan sebenarnya barang tersebut tidak pernah sampai ke tangan mereka sendiri.

Pihak Amazon kini sedang melakukan penyiasatan dan tidak menolak kemungkinan ada yang mencuri permainan berkenaan sebelum ia sampai ke tangan penerima dan menukarnya dengan barang lain.

Seorang jurucakap Amazon berkata, pihaknya sedang melakukan yang terbaik untuk menangani masalah berkenaan dan menggesa setiap orang yang terlibat untuk menghubungi pasukan khidmat pelanggannya.

Sony PS5 dilancarkan pada 12 November lalu di mana ia paling ditunggu-ditunggu oleh penggemar permainan video. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Amazon, PS5, beras, makanan kucing

Artikel Berkaitan

Artikel Lain