Lelaki maut akibat serangan jantung selepas lalui halangan dalam program Wipeout TV

Syarikat produksi rancangan berkenaan turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa.

SEORANG peserta Wipeout TV meninggal dunia sewaktu melalui salah satu halangan dalam rakaman program berkenaan.

Menurut laporan TMZ, peserta lelaki itu terpaksa diberi rawatan selepas menamatkan halangan pada Rabu.

Sempat dibawa ke hospital, dia bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menurut sumber, peserta tersebut mengalami serangan jantung.

Untuk rekod, program Wipeout TV memerlukan peserta melalui beberapa halangan yang disediakan, persis rancangan Ninja Warrior dari Jepun.

Dalam pada itu, syarikat produksi rancangan berkenaan, Endemol Shine North America turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain