suria

Pesakit Covid-19 di Korea Utara dikuarantin dalam penjara, dibiar mati kelaparan

Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan suhu ke atas seorang wanita di Pyongyang.

PESAKIT Covid-19 di Korea Utara dibiarkan mati kelaparan dan dikuarantin di dalam penjara dalam keadaan menyedihkan.

Sebahagian besar mereka yang dikuarantin itu tidak diendahkan mahupun dirawat selain dibiarkan tidur di atas lantai.

Beberapa pesakit yang dikuarantin itu hanya mengalami gejala ringan seperti demam namun jatuh sakit akibat kekurangan zat makanan.

Sekiranya pesakit meninggal dunia, mayat mereka akan dihapuskan di suatu lokasi dan abunya dihantar kepada keluarga tanpa penjelasan.

Kerajaan pimpinan Kim Jong-un turut melarang rakyatnya daripada bercakap mengenai koronavirus dan penyakit berjangkit itu.

Pesakit hanya diberi makan tiga kali sekali tetapi hidangan disediakan adalah sup dan nasi jagung.

Difahamkan berlaku peningkatan kes individu dikuarantin di dalam penjara yang menempatkan pesakit Covid-19 di negara itu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain