suria

Ajaib! Wanita koma akibat Covid-19 lahirkan bayi kembar

Dua bayinya dilahirkan dengan berat 770 gram dan 850 gram.

SEORANG perunding hospital yang koma akibat dijangkiti Covid-19 ketika hamil berjaya melahirkan bayi kembar secara pembedahan.

Wanita itu melahirkan bayi pramatang sewaktu kandungan berusia enam bulan di Hospital Birmingham, England.

Dia kemudiannya menyedarkan diri selepas 16 hari bersalin sebelum terkejut melihat perutnya sudah kempis.

Kata wanita itu, dia sama sekali tidak menyangka akan melalui detik seperti itu.

Malah, dia sedih apabila dua minggu pertama kehidupan bayi itu terpaksa dilalui sewaktu dirinya masih koma.

Dua bayinya dilahirkan dengan berat 770 gram dan 850 gram.

Kembar perempuan itu dijaga di unit rawatan rapi (ICU) selama 116 har sebelum dibenarkan discaj. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain