suria

Seram! Imej wajah seseorang dirakam di runtuhan bangunan bersejarah, sedang jenguk keluar jendela

Imej wajah seseorang yang dirakam seorang jurugambar di runtuhan bangunan di Scotland menghantui pengguna media sosial. Foto: Pen News

SERAM! Imej wajah satu sosok lembaga di celahan runtuhan bangunan bersejarah di Scotland 'menghantui' media sosial.

Imej berkenaan dirakam di Douglas in Largs, North Ayrshire, menjadi perhatian selepas ia dimuat naik di media sosial.

Pelbagai andaain yang dilontarkan netizen mengenai imej tersebut.

Jurugambar yang enggan dikenali itu mengambil gambar tersebut pada 2016 tetapi menunggu beberapa tahun untuk berkongsinya kepada umum.

"Pada saat mengambil gambar, saya tidak merasakan sesuatu yang luar biasa, tidak ada yang aneh.

"Ketika saya mengembangkannya dalam bentuk filem, saya selalu mengimbas (scan). Ini menjadikannya lebih mudah untuk menentukan kualiti foto yang layak dicetak.

"Wajahnya cukup jelas pada imbasan.

"Saya berasa gembira kerana saya menangkap sesuatu yang kelihatan seperti ini - sesuatu yang menarik untuk dilihat - serta bangga mempunyai sesuatu untuk ditunjukkan kepada orang yang menyukai misteri," katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain