suria

Pembedahan besarkan payudara gagal, gadis meninggal dunia selepas koma setahun

Emmalyn tidak sedarkan diri sewaktu mahu dibedah pada 1 Ogos tahun lalu.

SEORANG gadis meninggal dunia selepas setahun koma akibat kecederaan otak.

Emmalyn Nguyen, 19, secara tiba-tiba mengalami kecederaan otak selepas dibius untuk menjalani pembedahan membesarkan payudara pada 1 Ogos 2019.

Pada 2 Oktober lalu, keadaan menjadi teruk apabila dia mengalami pneumonia dan meninggal dunia dua hari kemudian.

Terdahulu, keluarga mangsa turut memfailkan tuntutan terhadap seorang doktor dan pakar bius atas kecuaian mereka dalam kes tersebut.

Ujar keluarga mangsa, tuntutan itu bukan sahaja bagi mencari keadilan buat mereka, malah sebagai langkah untuk mengelakkan individu lain berhadapan nasib serupa.

Lesen perubatan doktor berkenaan digantung sementara selepas insiden itu dan kini sudah disambung semula.

Pakar bius itu juga bersetuju untuk tidak lagi bekerja dalam bidang itu, namun masih dibenarkan bertugas dalam lapangan kejururawatan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain