suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis kecewa, terfikir mahu bunuh diri selepas dapat bukti bapa tiri suka ‘skodeng’ setiap kali mandi

Kejadian itu menyebabkan dia trauma dan sukar mempercayai mana-mana individu khususnya lelaki dewasa sehingga mengalami tekanan perasaan.

KECEWA kerana kepercayaan dikhianti.

Begitulah kisahnya melibatkan seorang gadis berusia 19 tahun yang mengakui terfikir untuk membunuh diri selepas kecewa dengan sikap bapa tirinya.

Lauren Brightwood, pada Novermber 2018 menemui peranti rakaman di dalam bilik mandi yang dimiliki bapa tirinya, Thomas Craig Lewis.

Memaklumkan hal itu kepada ibunya, mereka kemudiannya sepakat membuat laporan sehingga lelaki itu ditahan pihak berkuasa.

Hasil siasatan mendapati gadis berkenaan sudah menjadi mangsa 'skodeng' bapanya sejak berusia 13 tahun.

Kejadian itu menyebabkan dia trauma dan sukar mempercayai mana-mana individu khususnya lelaki dewasa sehingga mengalami tekanan perasaan.

Kes ini menjadi sebutan semula selepas lelaki itu disahkan bersalah menerusi perbicaraan baru-baru ini dan hukuman dijangka dijatuhkan pada 16 Oktober depan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain