suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hiba! Ibu diberi tempoh 3 minggu untuk ‘buang’ permainan daripada kubur anak lelaki

Natalie di pusara anak lelakinya, James Manning yang meninggal dunia ketika berusia 2 tahun. Foto: SWNS

KESEDIHAN seorang ibu yang kehilangan anak lelakinya terus bertambah apabila dia diarahkan untuk mengalihkan barang permainan daripada pusaranya.

Natalie Reeves, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun, James Manning yang meninggal dunia dua tahun lalu, menerima arahan berkenaan daripada pihak majlis menerusi sepucuk surat.

Pusara James kini dihiasi dengan barang-barang permainan kegemarannya.

Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Battle yang menguruskan tanah perkuburan Battel di barat Sussex, lokasi di mana James disemadikan, memberi tempoh masa selama tiga minggu kepada ibu berkenaan untuk mengalihkan kesemua barang permainan tersebut.

Natalie, seorang pekerja penjagaan berusia 35 tahun, telah melancarkan petisyen dalam talian untuk mengumpulkan sokongan ramai agar pihak majlis membatalkan keputusan mereka.

"Untuk menguatkuasakan peraturan ini, mereka jelas sekali tidak memahami bagaimana kehilangan satu-satunya anak lelaki," kata Natalie.

James meninggal dunia pada Jun 2018 akibat tercekik ketika memakan sosej. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain