suria

Bimbang penularan Covid-19, murid dihalang nyanyi lagu ‘Happy Birthday’ di sekolah

sebilangan sekolah juga mengambil pendekatan tidak membenarkan ibu bapa menghantar kek hari lahir ke sekolah bagi mengurangkan risiko jangkitan.

NYANYIAN lagu 'Happy Birthday' tidak dibenarkan di beberapa buah sekolah ekoran wujudnya kebimbangan penularan Covid-19.

Menurut laporan, murid dibenarkan membuat ucapan dalam bentuk pertuturan sahaja dan tidak boleh menyanyikannya seperti biasa.

Difahamkan, langkah itu diambil beberapa bulan selepas Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson menggesa orang ramai menyanyikan lagu itu selama 20 saat sambil mencuci tangan.

Dalam pada itu, sebilangan sekolah turut mengambil pendekatan tidak membenarkan ibu bapa menghantar kek hari lahir ke sekolah bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Seorang ibu turut mengulas peraturan terbaharu itu yang disifatkannnya berbeza dengan cara sebelum ini yang membenarkan sambutan dibuat di sekolah.

"Kanak-kanak dah tak boleh raikan hari istimewa mereka, memori itu tidak lagi boleh diukir di sekolah," ujar Christine Brett. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain