suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami penggal isteri kerana cemburu, bawa kepala ke balai polis untuk serah diri

Foto memaparkan lelaki itu berjalan sambil membawa kepala isterinya turut tular di media sosial.

NGERI.

Begitulah yang dapat menggambarkan satu kejadian bunuh di Baberu, Uttar Pradesh, India pada Jumaat.

Menerusi kejadian itu, Kinnar Yadav, 40, mendakwa isterinya, Vimla, 35, berlaku curang dengan dengan seorang lelaki yang juga jirannya.

Jumaat lalu, dia pulang ke rumah sebelum melihat isterinya berborak dengan lelaki berkenaan.

Berang melihat kemesraan itu, dia mengambil sebilah kapak sebelum menyerang lelaki berkenaan.

Sempat melarikan diri, dia kemudiannya pulang semula dan memenggal kepala isterinya.

Selepas itu, dia berjalan 3 kilometer (km) ke balai polis sambil membawa kepala isterinya dan menyerahkan diri kepada pihak berkuasa.

Foto memaparkan lelaki itu berjalan sambil membawa kepala isterinya turut tular di media sosial.

Dia kini ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain