suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Jong-Un pamer sisi sensitif, tumpah air mata sewaktu dakwa Korea Utara sudah bebas Covid-19

Pemimpin diktator itu turut berterima kasih kepada seluruh warga Korea Utara yang bekerja keras dalam melawan pandemik berkenaan.

PEMIMPIN diktator Korea Utara, Kim Jong-Un memaparkan sisi sensitif dirinya sewaktu bercerita mengenai pandemik Covid-19 di negara itu.

Menerusi acara di Pyongyang pada Sabtu, pemimpin berusia 36 tahun itu mendakwa Korea Utara kini bebas penularan wabak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin kematian Kim Jong-Un bertiup kencang, belum ada pengesahan rasmi Korea Utara

Dalam ucapan itu, dia juga sempat mengalirkan air mata tatkala bercerita bagaimana pendekatan diambil negaranya dalam berhadapan Covid-19.

"Saya mengharapkan kesihatan yang baik untuk semua oang di seluruh dunia yang sedang berjuang menentang virus jahat ini," ujarnya.

Malah, dia turut berterima kasih kepada seluruh warga Korea Utara yang bekerja keras dalam melawan pandemik berkenaan.

Dalam pada itu, segelintir penganalisis mengakui sangsi dengan dakwaannya bahawa Korea Utara kini bebas Covid-19.

Malah, dia turut diselar kerana mengadakan upacara ketenteraan berskala besar tanpa penjarakkan sosial. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain