suria

Instafamous dakwa ada ‘pipi terbesar di dunia’, tapi masih anggap terlalu kecil

Anastaacia mendakwa mempunyai pipi terbesar di dunia. -foto Barcroft Media via Getty Images

SEORANG Instafamous mendakwa mempunyai pipi terbesar di dunia.

Anastasia Pokreshchuk membelanjakan lebih £1,500 untuk mendapatkan rawatan suntikan bagi menaikkan tulang pipinya.

Pipinya kini kelihatan begitu tajam pada wajahnya, tetapi wanita berusia 39 tahun itu masih tidak berpuas hati dengan ukurannya.

"Anda mungkin fikir bahawa ia terlalu besar tetapi saya rasa ia sedikit kecil, saya perlu menambahkannya sekali lagi tidak lama lagi," katanya.

Anastasia yang berasal dari Kiev, Ukraine, melakukan suntikan pipi buat pertama kali ketika berusia 26 tahun.

Dia bagaimanapun tidak dapat mengingati berapa suntikan telah dilakukannya sejak empat tahun lalu. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain