suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat staf maut akibat serangan jantung dibiar di lantai, dihadang dengan payung... anehnya pasaraya beroperasi seperti tiada apa yang berlaku

Mayat Manoel hanya dibiarkan di lantai sehingga pihak yang menguruskannya tiba di pasaraya berkenaan. Foto: Dailystar

SEORANG staf di sebuah pasaraya di Recife, Brazil meninggal dunia ketika bekerja akibat serangan jantung.

Apa yang menghairankan adalah pasaraya berkenaan tetap meneruskan operasinya seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Lebih menyedihkan, mayat Manoel Moisés Cavalcante, 59, yang bekerja sebagai pengurus jualan, hanya dibiarkan di lantai dan dihadang dengan payung dan kepingan kotak untuk mengelakkannya daripada pandangan pengunjung.

Dalam satu kenyataan, pasaraya itu berkata ia hanya mengikuti garis panduan agar tidak mengalihkan mayat.

"Syarikat khilaf kerana tidak segera menutup pasaraya sebaik sahaja insiden berlaku kerana mahu menunggu pihak yang menguruskan mayat tiba, dalam masa yang sama tidak tahu cara yang betul untuk mengendalikan mayat.

"Kami memohon maaf kepada keluarga mangsa dan akan menyokong mereka dalam apa jua keadaan yang sepatutnya," kata kenyataan pasaraya berkenaan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

serangan jantung, lantai, payung, pasaraya

Artikel Lain