suria

Pengotor! Pelanggan sempat rakam gelagat pekerja penghantaran 'asyik' usap tapak kaki, selamba ambil makanan tanpa cuci tangan

Gelagat 'pengotor' seorang pekerja penghantaran yang ralit mengusap tapak kaki dirakam seorang pelanggan dan memuat naik di media sosial. Foto:

PENGOTOR!

Itulah perkataan paling sesuai bagi menggambarkan sikap seorang pekerja penghantaran yang mengambil ringan soal kebersihan ketika mengendalikan makanan kepada pelanggan.

Ceritanya bermula apabila seorang pelanggan, Chris Dumbell masuk ke sebuah restoran makanan segera popular untuk membeli dua cawan kopi.

Bagaimanapun Chris terlihat kelibat pekerja penghantaran berkenaan sedang duduk bersantai sementara menantikan pesanannya sedang disiapkan.

Apa yang jijik, pekerja penghantaran tersebut dilihat asyik menggaru dan mengusap-usap tapak kakinya.

Dakwa Chris, pekerja penghantaran tersebut dilihat terus mengambil pesanan makanan dan memasukkannya ke dalam beg makanan tanpa membasuh atau menyahkuman tangannya terlebih dahulu.

"Saya rasa jijik. Semua orang membersihkan tangan dan mematuhi jarak sosial sedangkan dia bermain-main dengan kakinya. Ia sangatlah tidak bersih," katanya.

Dia turut berkongsi sekeping gambar di Facebook dan menulis: "Baru saja melihat lelaki ini mengusap dan bermain-main dengan kakinya! Sedap!" - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain