suria

Miliki tubuh berbentuk jam pasir, ukur lilit pinggang gadis ini buat ramai cemburu

Antara foto Su Ning yang mencuri perhatian ramai.

SEORANG pelajar dari Myanmar berkongsi foto tubuhnya yang memiliki ukur lilit pinggang 13.7 inci sehingga kelihatan seperti jam pasir.

Namun, dia turut berhadapan pelbagai komen di Insatgram termasuklah yang mendakwa dia melakukan suntingan foto melampau

Menurut Su Naing, 23, dia menolak segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

"Saya berada dalam keadaan sihat dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Saya juga tidak rasa ada sesuatu yang salah mengenai paparan tubuh saya.

"Saya suka pamerkannya kepada orang," ujar Su Ning.

Katanya lagi, dia gembira dengan pujian dan komen positif yang ditinggalkan di media sosial.

Untuk rekod, Ethel Grander dari United Kingdom memegang rekod dunia dengan ukur lilit pinggang 13 inci. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain