suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Prank’ tak masuk akal, ganja dimasak bersama kari jadi punca 7 sekeluarga dikejarkan ke hospital

Tujuh sekeluarga dikejarkan ke hospital selepas menikmati hidangan kari yang dicampur dengan ganja.

SEBUAH keluarga di Kannauj, India dimasukkan ke hospital selepas menikmati hidangan kari yang dicampur ganja.

Salah seorang mangsa dipercayai membeli bahan terlarang itu selepas diperdaya kononnya ia merupakan campuran halba, kentang tumis dalam bawang putih dan herba.

Dia kemudiannya memasukkan satu beg bahan tersebut secara tidak sengaja dalam hidangan kari sebelum menikmatinya bersama enam ahli keluarga yang lain.

Menerusi kejadian pada 27 Jun lalu, mereka sekeluarga mula mendapat kesan beberapa jam selepas menikmatinya.

Mereka juga sempat memberitahu jiran sebelum tidak sedarkan diri.

Kemudiannya, pasukan perubatan tiba di kediaman tersebut sebelum membawa mereka ke hospital.

Kesemua mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

Menurut polis tempatan, mereka sudahpun merampas ganja itu termasuk hidangan kari yang dimasak untuk ujian makmal.

Suspek dikenali sebagai Nawal juga sudah mengaku ia merupakan perbuatan prank yang dilakukan ke atas keluarga tersebut. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kari, ganja, prank

Artikel Lain