suria

Dakwa wujud diskriminasi jantina, wanita berang sekolah tak benarkan anak lelaki pakai subang

Natasha bersama anaknya yang berusia enam tahun.

SEORANG wanita mencetuskan perdebatan ramai selepas dia meluahkan rasa berang kerana anak lelakinya tidak dibenarkan memakai subang ke sekolah.

Menurut Natasha Valdivieso, peraturan di sebuah sekolah di Texas, Amerika Syarikat itu bagaimanapun tidak terpakai ke atas pelajar perempuan.

Ujarnya, dia mahu berjuang agar kejadian melibatkan anaknya yang berusia enam tahun itu tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

"Kenapa mereka buat anak saya rasa dia berbeza dengan orang lain hanya kerana memakai subang?

"Adakah memakai subang sangat teruk seperti perlakuan jenayah?

"Saya dapati pelajar perempuan boleh pakai subang. Kalau perempuan boleh, kenapa tidak pelajar lelaki?" soal wanita itu lagi.

Menurut Natasha, dia membenarkan anaknya memakai subang kerana terpengaruh dengan adik-beradiknya yang lain.

Malah, dia turut mencabar pihak sekolah agar mengubah polisi itu.

"Sekarang sudah tahun 2020. Saya faham kalau ia berlaku pada zaman dahulu," ujar Natasha lagi. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
subang, pelajar, sekolah

Artikel Lain