suria

Wanita tempah maut bergambar dengan beruang liar

Seorang wanita cuba mengambil gambar bersama seekor beruang liar. Foto CEN/alessandrobacaoanu

SEORANG pelancong menempah maut apabila cuba mengambil gambar bersama seekor beruang liar di tepi jalan.

Aksi yang membahayakan itu dirakamkan oleh pengguna jalan raya.

Menerusi satu klip mengenai kejadian yang berlaku di Romania, seorang wanita berdiri hanya beberapa meter dari seekor beruang dan kembali kepada rakannya yang mengambil gambar.

Dia kemudian mendekati beruang tersebut.

Bagaimanapun, haiwan berkenaan memberi reaksi secara tiba-tiba, menyebabkan wanita itu berlari ketakutan.

"Bolehkah anda melihat betapa bodohnya dia?" soal seseorang di sebalik rakaman video.

"Masuklah ke kereta. Sanggup membahayakan nyawa untuk bergambar bersama seekor beruang?" katanya.

Video asalnya disiarkan menerusi aplikasi TikTok oleh Alessandro Bacaoanu sebelum dipadamkan.

Namun, tidak dijelaskan lokasi sebenar ia berlaku di Romania.

Pihak berkuasa Romania berulang kali mengeluarkan amaran kepada pemandu agar tidak menganggu beruang di tepi jalan dan menganggapnya sebagai haiwan peliharaan,

Menteri Alam Sekitar, Costel Alexe baru-baru ini berkata: "Beruang itu adalah binatang liar yang dilindungi oleh undang-undang, bukan binatang peliharaan." - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

beruang, Romania, gambar,

Artikel Lain