suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angkara ombak gergasi, pengantin basah kuyup sewaktu ‘outdoor photoshoot’

Detik dramatik itu sempat dirakam dari aras tinggi oleh seorang individu.

SESI penggambaran foto melibatkan pasangan pengantin baharu tergendala dek ombak besar yang melanda.

Menerusi kejadian di Pantai Laguna, California, ombak itu menyebabkan pasangan pengantin basah kuyup.

Malah, mereka juga hampir ditarik ke tengah laut gara-gara ombak yang terlalu kuat.

Mujurlah mereka berjaya diselamatkan oleh petugas keselamatan di situ.

Detik dramatik itu sempat dirakam dari aras tinggi oleh seorang individu dari sebuah hotel.

Sejurus kejadian, pihak bomba turut dilihat tiba di pantai itu.

Biarpun sesi ‘outdoor photoshoot’ itu gagal disempurnakan, kedua-dua pengantin dan jurukamera bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. - The Sun.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pengantin, jurugambar, ombak

Artikel Lain