suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurulatih bola meninggal dunia selepas main ‘game’ tak berhenti sepanjang perintah berkurung Covid-19

Stanley Greening bersama anaknya yang meninggal dunia pada 3 Jun lalu.

LULUH hati seorang bapa apabila anaknya yang sihat tiba-tiba meninggal dunia akibat darah beku baru-baru ini.

Menerusi kejadian itu, Louis O’Neill, 24, yang juga jurulatih bola sepak meninggal dunia selepas menghabiskan banyak masa bermainan permainan video sepanjang perintah berkurung Covid-19.

Kerana kurang pergerakan, dia meninggal dunia setelah berlakunya trombosis vena atau penggumpalan darah pada satu atau lebih pembuluh darah.

Bapanya, Stanley Greening, 56, dari Harlington, Bedfordshire mengakui risau dan ada mengajak mangsa keluar.

Dia bagaimanapun menolak pelawaan itu dan mahu terus berada di rumah dan menghabiskan masa bermain permainan video.

Pada penghujung Mei lalu, mangsa mula tidak sihat dan hanya menyangka terkena keracunan makanan.

Akhirnya, dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 3 Jun lalu.

Bapanya turut berkongsi kisah duka itu menerusi laman Facebook. - Daily Stars.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain