Salun batal temu janji saat akhir selepas tahu pelanggan jururawat

Temu janji seorang wanita dibatalkan oleh sebuah salun selepas mengetahui wanita berkenaan merupakan jururawat. Gambar hiasan/Foto Bernama

TEMU janji seorang jururawat di sebuah salun dibatalkan pada saat akhir, kerana premis tersebut tidak mahu menanggung risiko kerana wanita itu bekerja di hospital.

Susulan tindakan itu, salun tersebut dikritik ibu wanita berkenaan yang menyifatkan sebagai satu tindakan berat sebelah terhadap petugas barisan hadapan (frontliner).

Menurut laporan DublinLive, memetik ibu wanita itu, Mairie sebagai berkata, anak perempuannya amat kesal dengan pembatalan tersebut pada saat akhir.

Jelasnya, frontliner lain mungkin tidak menyedari kemungkinan mereka tidak dapat memotong rambut sekiranya masih dilanda pandemik Covid-19.

"Dia membuat janji temu untuk berjumpa dengan pendandan rambut minggu lalu.

"Dia gembira mendapat janji temu untuk hari ini kerana mendapat cuti selepas bekerja selama beberapa malam.

"Mereka hubungi dia petang semalam dan tanya beberapa soalan.

"Bila mereka tanya 'adakah kamu mempunyai kontak dengan sesiapa menghidap Covid-19, dia kata tidak," katanya.

Bagaimanapun, selepas berbincang dengan beberapa rakan, dia menghubungi semula salun tersebut dan memaklumkannya dia merupakan jururawat dan bertugas di jabatan kecemasan.

Mereka kemudian memaklumkannya mengenai temu janjinya dibatalkan.

"Dia cuba memberitahu bahawa tiada sebarang kes yang positif sejak kebelakangan ini, tetapi akan memakai topeng muka dan sarung tangan.

"Kakitangan itu bagaimanapun memberitahu bahawa mereka perlu mengikut polisi dan terpaksa membatalkannya," kata Mairie. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain