Masih pakai gaun pengantin, wanita baru kahwin bantu selamatkan mangsa kemalangan

Rachel (duduk, kiri) yang masih berpakaian gaun pengantin cuba membantu seorang mangsa kemalangan. Foto Facebook

SEORANG pengantin perempuan yang baru melangsungkan perkahwinan menjadi perhatian apabila membantu seorang mangsa kemalangan.

Rachel Taylor, 22, dan suaminya Calvin Taylor, 23, baru beredar dari gereja dan menuju ke kediaman mereka, sebelum menyaksikan satu kemalangan.

Pasangan itu menyaksikan sebuah kereta hitam Chevy Tahoe memasuki satu persimpangan sebelum merempuh kenderaan lain di South St. Paul, Minnesota di Amerika Syarikat.

Masih memakai gaun pengantin, Rachel kemudian bergegas mendekati seorang wanita dan membantu menenangkannya sehingga pasukan paramedik tiba di lokasi kejadian.

Calvin yang merakamkan gambar Rachel kemudian memuat naiknya di Facebook.

Dia menggelarkan isterinya sebagai 'pengantin rockstar' kerana membantu menenangkan seorang wanita, meskipun masih memakai gaun pengantin.

Rachel yang baru menamatkan pengajian di Universiti Bethel sebelum ini pernah bekerja berkaitan dengan kejururawatan, dan mempelajari beberapa teknik bagi menenangkan orang.

Bercakap mengenai kejadian, Rachel berkata: "Saya hanya bercakap dengan dia.

"Saya cakap kamu sangat kuat, kamu sangat berani, saya begitu bangga dengan kamu.

"Saya tiba-tiba bertukar mod jadi jururawat. Saya buat macam biasa, saya benar-benar terkejut," katanya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pengantin, kemalangan, gaun,

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain