suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nickelodeon tutup ruangan komen selepas umum Spongebob SquarePants merupakan karakter gay, peminat akui terkejut

Ada yang bersetuju tak kurang juga yang menyelar pengumuman terbaharu mengenai karakter animasi popular itu.

PENGUMUMAN terbaharu saluran Nickelodeon mengenai seksualiti watak kartun popular Spongebob SquarePants ternyata mengejutkan ramai.

Menerusi pengumuman pada Ahad, saluran itu mengakui Spongebob merupakan satu karakter gay.

Selain Spongebob, dua lagi karakter yang turut diumumkan dalam tweet sama merupakan watak Schwoz Schwartz dari Henry Danger dan Korra dari the Legend of Korra.

Dalam pengumuman itu, Nickelodeon turut menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbalahan orang ramai.

Rata-rata pelayar Twitter memberikan reaksi berbeza mengenai pengumuman itu.

Ada yang menerimanya tak kurang juga yang mencemuh dan ia disifatkan sebagai membelakangi ciptaan asal karakter itu.

"Pencipta watak sudah nyatakan Spongebob bukan gay. Sekarang bila penciptanya mati, Nickelodeon tampil dengan perkara ini. Ia mengarut," tulis seorang individu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain