suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bidan dedah pasangan berkahwin bertahun-tahun mahu anak, tapi tak sedar perlu hubungan intim

Seorang bidan mendedahkan kisah mengenai satu pasangan yang mahukan anak. Gambar hiasan

SATU pasangan yang menunggu untuk dikurniakan cahaya mata tidak menyedari mereka terpaksa melakukan hubungan intim terlebih dahulu untuk hamil.

Perkara itu didedahkan oleh seorang jururawat.

Rachael Hearson, 59, yang merupalan seorang jururawat NHS yang juga bidan dan penasihat kesihatan di United Kingdom selama lebih 40 tahun.

Menerusi catatan buku terbaharunya, beliau berkongsi mengenai kisah menyentuh perasaan, pelik dan melucukan sepanjang pengalamannya sebagai petugas kesihatan.

Bercakap kepada Mirror mengenai buku dan pasangan, beliau berkata: "Mereka (pasangan) berkahwin selama beberapa tahun, tetapi tidak dikurniakan anak.

"Mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan anak, dan tugas saya adalah memastikan mereka dapat melakukannya," katanya.

"Mereka benar-benar menyangka bayi dikurniakan sebaik berkahwin dan mereka tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Mendidik seseorang mengenai hubungan intim adalah satu tanggungjawab," tambahnya. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain