suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita warga emas kahwini anak angkat - “Saya terkejut dilamar dia”

Pasangan ini selamat disatukan dalam satu majlis serba sederhana.

SEORANG wanita berusia 65 tahun mengahwini anak angkatnya yang 41 tahun lebih muda daripadanya.

Pasangan itu disatukan di Selatan Sumatra, Indonesia dalam satu majlis serba sederhana, lapor 7 News.

Mbah Gambreng menjadikan Ardi Waras, 24, sebagai anak angkatnya tahun lalu dan hidup bahagia bersama.

Wanita itu yang turut mempunyai tiga anak angkat perempuan berkata dia tidak berhasrat mahu berkahwin dengan Ardi ketika kali pertama bertemu dengannya.

Sebagai seorang ibu, Mbah memberitahu Ardi bahawa dia sepatutnya berkahwin namun terkejut apabila anak angkatnya itu melamarnya.

"Saya terkejut, dia kata mahu kahwini saya," kata Mbah.

Gambar perkahwinan pasangan itu yang tular di media sosial menunjukkan sisi romantik mereka.

Ardi dipercayai memberikan mas kahwin sebanyak 100,000 IDR (RM30) kepada isterinya itu. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

nenek, anak angkat, kahwin

Artikel Lain