suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka kematian melepasi 41,000... Brazil terpaksa gali kubur lama untuk beri laluan kepada mayat mangsa Covid-19

Seorang pekerja sedang menggali dan memindahkan mayat lama di tanah perkuburan di Sao Paolo. Foto: AP

KUBUR-KUBUR lama di Brazil terpaksa digali semula bagi 'memberi laluan' kepada mangsa yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

Tindakan itu susulan jumlah korban akibat wabak tersebut mencatatkan peningkatan ketara, sehingga melepasi angka kematian yang dicatatkan di United Kingdom (UK).

Bandar terbesar di Brazil, iaitu Sao Paulo, kini mengosongkan ruang di perkuburannya dengan menggali mayat yang sudah lama disemadikan, dan menyimpan tulang-tulang mereka di dalam bekas logam besar sebelum dihantar ke beberapa perkuburan lain.

Brazil mencatatkan sebanyak 41,828 kes kematian angkara wabak itu, menurut data dari Universiti Johns Hopkins.

Brazil merupakan negara Amerika Latin yang paling tinggi merekodkan kes positif Covid-19, dengan lebih daripada 828,000 kes positif yang dilaporkan sehingga kini.

Negara tersebut kini berada di tangga kedua selepas Amerika Syarikat yang mencatatkan angka korban tertinggi. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, Brazil

Artikel Lain