suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah jadi kanvas, gadis 21 tahun kumpul pengikut IG dengan teknik solekan luar biasa

Kreativiti dirinya membolehkan Hoa Trang mengumpul ramai peminat di media sosial.

BERMAIN dengan alat solek sememangnya seronok namun anda tidak perlu menunggu sambutan khusus seperti Halloween untuk tampil dengan idea luar biasa.

Di Vietnam misalnya, seorang gadis berusia 21 tahun dikenali sebagai Hoa Trang mencuri perhatian ramai dengan solekan kreatif yang dihasilkannya.

Kata gadis itu, dia menggunakan wajahnya sebagai kanvas untuk menyerlahkan kreativiti diri.

Malah, dia juga mempelajari kesemua teknik solekan ilusi menerusi internet sahaja.

Selain mekap seram persis filem hantu, dia juga mampu menghasilkan solekan ilusi yang bakal membuatkan pandangan anda menjadi keliru.

Kadang-kala, teknik solekan yang dihasilkan menyebabkan wajahnya kelihatan seperti lukisan di atas kertas.

Dengan bakat dimiliki, dia kini mengumpul peminat sendiri.

Di Instagram, dia mempunyai lebih 100,000 pengikut. - Bored Panda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hoa Trang, mekap, solekan ilusi

Artikel Lain