suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang banyak darah akibat digigit, pemburu akhirnya berjaya tumpaskan ular sawa gergasi

Mike bersama seekor ular sawa yang dibunuhnya pada mingu lalu.

SEORANG pemburu ular dari Florida berkongsi kisahnya yang berjaya menumpaskan seekor ular sawa sepanjang 5.1 meter.

Mike Kimmel berkongsi kisah itu menerusi laman Instagram sehingga ia mengundang perhatian ramai.

Ujarnya, dia menemui ular itu awal minggu ini dan menyifatkannya sebagai raksasa yang sebenar.

Kata Mike, pergelutan dengan ular itu turut menyebabkan dia digigit sehingga kehilangan banyak darah.

Setelah berjaya menangkapnya, Mike meletakkan ular itu di dalam sebuah beg khas.

Dia kemudiannya menaiki sebuah bot sebelum menggunakan pistol miliknya dan membunuh ular tersebut. - India Today.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mike Kimmel, pemburu ular, ular sawa

Artikel Lain