suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perogol topeng ski dianggap berbahaya, paksa mangsa panggil ‘daddy’

Serangan rogol berlaku di sebuah taman di selatan London. Foto Googlemaps

SEORANG perogol berbahaya melakukan keganasan terhadap seorang mangsa dalam satu kejadian pada 8 November tahun lalu.

Menerusi pendengaran di Mahkamah Woolwich Crown, Desmond Atumkeze menunggu mangsa di sebuah taman di selatan London, United Kingdom pada kira-kira pukul 8.45 malam.

Dalam kejadian itu, Atumeze, 23, memberitahu mangsa bahawa dia mempunyai pistol.

Tertuduh juga memaksa mangsa memanggil dirinya 'daddy' dalam serangan ganas itu.

Ketika kejadian, Atumkeze memakai topeng ski dan mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Semasa melakukan serangan itu juga, tertuduh menyoal mangsa sama ada telah mempunyai kekasih dan masih dara.

Tertuduh juga merampas telefon bimbit mangsa selepas kejadian.

Menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan dua bulan, Hakim Raynor memberitahu bahawa Atunkeze merupakan pesalah berbahaya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

perogol, daddy, berbahaya, dara,

Artikel Lain