suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis didakwa lakukan serangan seksual guna penyodok sebelum bunuh 2 lelaki

Bukan sahaja membunuh, gadis ini didakwa membuang mayat mangsa di tepi jalan sahaja.

SEORANG gadis dikenali sebagai Elena Povelyaikina didakwa membunuh dua lelaki yang mana salah seorang daripada mereka turut diserang secara seksual.

Difahamkan, anak petani berusia 22 tahun itu melakukan serangan seksual dengan menggunakan penyodok sebelum membunuh mangsa.

Kejadian berlaku di Omsk, Rusia pada Ogos tahun lalu selepas mangsa yang sedang mabuk enggan meninggalkan kediamannya.

Dua bulan kemudian, dia didakwa melakukan satu lagi serangan ke atas seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian.

Menurut laporan polis, dia juga didakwa menyeret mayat mangsa sebelum mereka dibuang di tepi jalan.

Dia bagaimanapun sudah ditahan dan perbicaraan kes dijangka berlangsung pada penghujung tahun ini. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bunuh, penyodok, serangan seksual

Artikel Lain