suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ratusan kucing bersesak-sesak dalam sangkar sempit 'sedia' untuk dijadikan makanan

Ratusan kucing itu berjaya diselamatkan.

RAKAMAN video ratusan kucing dikurung di dalam sebuah sangkar kecil untuk dijadikan makanan bagi penggemar hidangan eksotik menjadi tular di media sosial.

Namun kesemua kucing tersebut berjaya diselamatkan hasil aduan dan maklumat orang awam.

Kesemua kucing itu ditemui disimpan dekat belakang sebuah hotel murah di Linfen, wilayah Shanxi barat daya China pada Khamis.

Menurut aktivis haiwan, Ms Li dia bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati 700 ekor kucing dikurung di dalam beberapa sangkar simpanan ayam dalam keadaan kelaparan.

"Kesemua kucing ini menunggu untuk diberi makan. Bantu haiwan ini," kata Ms Li dalam rakaman video tersebut.

Klip video itu kemudian dikongsi di Weibo sebelum mendapat perhatian polis.

Difahamkan kucing tersebut dicuri dan diseludup secara haram oleh sindiket penyeludupan haiwan.

Kesemua kucing tersebut bagaimanapun sudah dikeluarkan dari sangkar sempit itu.

Sehingga hari ini, hanya dua bandar di China mengharamkan makan anjing dan kucing sejak perintah berkurung akibat Covid-19 dilaksanakan di negara itu. - Dailystar.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kucing, seludup, makanan, sangkar sempit

Artikel Lain