suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat pesakit Covid-19 dibiarkan bertimbun dalam trak tanpa tag nama

Timbunan mayat yang diletakkan di dalam sebuah trak.

TIMBUNAN mayat diletakkan di dalam sebuah trak di luar rumah pengebumian di New York ketika negara itu bergelut menangani pandemik Covid-19.

Beberapa keping gambar keranda dan mayat bertimbunan antara satu sama lain dipercayai dirakam kakitangan pengebumian di Flatbush, Brooklyn.

Brooklyn mencatatkan rekod kematian tertinggi akibat wabak itu di Amerika Syarikat.

"Mereka tidak fikir koronavirus benar-benar berlaku. Lihat mayat-mayat ini. Ini adalah pandemik sebenar," kata bekas kakitangan rumah pengebumian tersebut.

Sumber itu yang enggan namanya didedahkan berkata dia bekerja di rumah pengebumian itu selama tiga hari pada hujung April lalu dengan anggaran 400 mayat yang perlu diuruskan.

"Mayat ada di kiri dan kanan. Dalam tempoh tiga hari itu, kami menguruskan sekitar 400 mayat," katanya.

Dakwanya lagi, mayat dibiarkan bertimbun antara satu sama lain dengan tiada tag nama pada setiap mayat.

Malah kakitangan juga tidak dibekalkan dengan pakaian perlindungan diri (PPE) semasa menguruskan mayat tersebut. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

timbunan, mayat, Covid-19, New York

Artikel Lain